Suara Nyaring Dan Teknik Mengajar Yang Unik, Ustazah Mengaji Dipuji Ramai

Loading...
Masa kecik-kecil dulu, bagi yang beragama islam ibu bapa kebiasaanya akan menghantar anak-anak mereka pergi kelas mengaji sejak kecil lagi. Kelas-kelas seperti ini kebanyakannya dianjurkan oleh tenaga pengajar sendiri ataupun orang-orang yang mahir dalam ilmu Al-Quran.
Baru-baru ini, tular di laman Facebook, sebuah video yang menunjukkan keunikan seorang guru mengaji mengajar anak muridnya. Video tersebut telah mencuit warga netizen dengan gelagat guru mengaji  tersebut dikatakan sangat menghiburkan.

Suara ustazah nyaring macam budak…

Suara dan cara mengajar yang unik oleh ustazah berkenaan mendapat pujian oleh kebanyakan netizen. Ramai yang berpendapat bahawa, suara dan tekniknya ini sangat bagus untuk kanak-kanak kerana mereka lebih fokus dan seronok untuk belajar.
Hanya berbekalkan kad dan suara nyaring!
Paling menarik sekali, guru tersebut dilihat hanya mengajar menggunakan kaedah tradisional tanpa bantuan komputer ataupun alatan yang canggih. Suaranya yang nyaring dan intonasinya yang agak menarik perhatian dan seronok didengar terutamanya kepada kanak-kanak kecil.

“Macam nilah baru anak murid tak mengantuk!”

Terharu dengan kesungguhan usatzah!

Hebat cikgu macam ni…

Mudah-mudahan anak murid semakin menjadi…

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 1,700 komen di laman Facebook. Ramai yang mengagumi cara dan kesungguhan guru ini mengajar anak muridnya untuk mengenal hurud asas jawi.


Loading...

0 Response to "Suara Nyaring Dan Teknik Mengajar Yang Unik, Ustazah Mengaji Dipuji Ramai"

Posting Komentar

Loading...