Berjangkit Dari Mak, Bayi Berusia 30 Jam Disahkan Hidap Coronavirus

Loading...
Mengikut beberapa maklumat yang diterima, vwabak coronavirus ini mampu menjangkiti seseorang dengan hanya beberapa saat. Risiko seperti ini lebih terdedah kepada mereka yang tidak memakai penutup mulut dan dikelilingi dengan inidividu yang berjangkit dengan wabak coronavirus ini.
Menurut satu laporan baru, seorang bayi telah disahkan mengidap wabak coronavirus, selepas 30 jam dia dilahirkan. Wabak ini dikenal pasti mungkin tersebar melalui si pembawa iaitu ibunya sendiri, yang dijangkiti virus ini sebelum melahirkan anaknya lagi.
Perkara ini telah disahkan oleh doktor-doktor di Wuhan dari Hospital Wuhan Children, bahawa bayi berkenaan berkemungkinan mendapat wabak coronavirus dari ibunya sendiri. Walaupun bayi kecil ini kelihatan normal, namun ia sebenarnya sedang menghadapi masalah pernafasan.
Malah, hasil dari keputusan x-ray yang dilakukan menunjukkan bayi kecil itu turut mempunyai jangkitan dibahagian dada dan kelainan pada bahagian hati. Kejadian yang sama juga berlaku pada seorang bayi yang dilahirkan pada 13 Januari 2020, turut disahkan menghidap wabak coronavirus ini.
Walau bagaimanapun, cara penyebaran virus dari ibu ke anak masih lagi belum dapat kepastian yang sebenar-benarnya. Tetapi, tetap diingatkan kepada semua orang agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan memakai penutup mulut ketika berada di luar rumah.
Loading...

0 Response to "Berjangkit Dari Mak, Bayi Berusia 30 Jam Disahkan Hidap Coronavirus"

Posting Komentar

Loading...