Allhamdulillah, Malaysia catat penurunan kes positif Covid-19 lagi

Loading...
Malaysia sekali lagi merekodkan penurunan kes positif Covid-19 apabila mencatatkan sebanyak 54 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah positif virus itu sebanyak 5,305 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,115 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 49 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 26 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, terdapat 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 3,102 kes iaitu 58.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua kes kematian Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 88 kes.

"Kes kematian ke-87 (kes ke-2657) merupakan lelaki tempatan berumur 60 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Kes kematian ke-88 (kes ke-5252) merupakan lelaki warga Myanmar berumur 36 tahun. Mangsa dirawat di Hospital Selayang pada 17 April 2020 dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru-paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI)," katanya.

Loading...

0 Response to "Allhamdulillah, Malaysia catat penurunan kes positif Covid-19 lagi"

Posting Komentar

Loading...